Alat dan keperluan asas melukis


Untuk menjadi seorang pelukis yang baik kita mestilah mempunyai alat kelengkapan dan keperluan asas yang sesuai. Alat kelengkapan dan keperluan asas ini boleh didapati di pasaran dengan pelbagai jenarna, kualiti dan harga.

Bagi keperluan kita, bahan-bahan tersebut tidaklah semestinya yang berharga mahal. Apa yang lebih penting ia haruslah lengkap dan berguna. Patut juga diingatkan bahawa segala alat ini mestilah digunakan dengan cermat. Sesudah digunakan ia mesti pula dibersihkan serta disimpan dengan baik. Ini bukan saja akan memudahkan kita setiap kali hendak menggunakannya tetapi juga membantu kita menghasilkan karya yang baik.

Berikut disenaraikan beberapa keperluan yang perlu ada sebagai pelukis :

1. Sekotak warna air atau warna poster yang mengandungi sekurang-kurangnya 12 warna. Pastikan bahawa yang dibeli itu adalah baik mutunya. Setiap tiub warna mempunyai tanda didalamnya. Kenali dan biasakanlah diri dengan nama-nama itu. Gambarajah dibawah adalah contoh sekotak warna air yang dapat dibeli dikedai dan biasanya digunakan di sekolah-sekolah.



Warna-warna yang biasanya terdapat dalam sekotak warna air ialah : White, Black, Lemon yellow, Chrome yellow, Yellow ochre, Burnt Sienna, Cobalt blue, Prussian blue, Emerald green, Yellow green, Carmine dan Vermilion

2. Berus. Gambarajah diatas menunjukkan beberapa jenis berus yang boleh digunakan. Sebagai permulaan, gunakan sekurang-kurangnya 4 batang iaitu :

Berus rata #6 - untuk mewarnakan kawasan yang tidak luas, misalnya awan, batang pokok dan buah-buahan.

Berus rata #12 - untuk mewarnakan kawasan yang luas seperti langit, air, bukit besar, padang, bangunan dan lain-lain latar belakang yang memerlukan catan yang cepat dan rata.

Berus tajam lembut #4 dan #8 - untuk mewarnakan benda-benda yang memerlukan kajian terperinci seperti rumput dekat, daun, ranting, paras muka dan rambut. Berus jenis ini juga berguna bagi kebanyakan lukisan alam semulajadi.

3. Tempat warna. Sediakan sebuah tempat warna yang sesuai untuk meletakkan atau mencampurkan warna.

4. Bekas air. Tin kosong, gelas, plastik dan lain-lain benda yang boleh menakung air sesuai diisikan dengan air jernih. Adalah disyorkan supaya sebuah bekas air yang lain pula digunakan untuk mencuci berus.

5. Kertas lukisan. Terdapat banyak jenis kertas lukisan dalam pasaran. Pastikan kertas yang dibeli itu tebal dan sesuai untuk kegunaan warna air atau poster. Tidak cepat kembang atau pecah ataupun berbulu jika terkena air.

6. Kain. Sehelai kain bersih dan kering untuk mengelap dan membersihkan berus atau tempat yang terkena warna.

7. Kertas lapik. Suratkhabar atau lain-lain kertas yang lebih besar daripada kertas lukisan semasa mewarna. Kertas lapik ini juga boleh digunakan untuk mencuba dan memilih warna sebelum warna itu disapukan pada kertas lukisan.

8. Span. Sebagai pengganti berus untuk mewarnakan latar belakang yang luas. Span juga boleh digunakan sebagai bahan peresap air.



9. Pensil atau pen teknikal. Pensil perlu untuk membuat lakaran kasar atau sketsa. Kadang-kadang pen teknikal digunakan. Pensil juga digunakan untuk lukisan hitam putih. Gred-gred pensil yang perlu ada ialah :

HB - untuk membuat lakaran kasar dan ton cerah semasa membuat lakaran.
2B - untuk ton sederhana.
4B - untuk ton gelap.
6B untuk bayang atau ton tergelap.



10. Pemadam. Pemadam getah yang baik untuk memadam lukisan yang tersilap dilukis, untuk membuat ton cerah ataupun membuat kesan putih dalam lukisan pensil.

11. Set geometri. Untuk lukisan poster atau membuat gubahan bercorak grafik.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Alat dan keperluan asas melukis

  1. makasih, banyak info yang menarik dan baru tau tentang kegunaannya

    ReplyDelete
  2. To get all items for my kids :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks the info..im just want to say that im was interested n amazing do these...:)

      Delete

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.